Pemuda Palestin tubuh pasukan relawan lindungi penduduk di al-Khalil

AL-KHALIL, 11 Feb 2019 — Sekumpulan pemuda Palestin semalam melancarkan kempen membentuk pasukan relawan bagi melindungi penduduk di al-Khalil, selepas rejim Zionis menghalau pasukan pemantau antarabangsa keluar dari wilayah tersebut.

Puluhan pemuda dari kumpulan Youth Against Settlements (YAS) itu bertugas di kawasan kejiranan Tel Rumeida dan melindungi pelajar-pelajar keluar dari kawasan sekolah, dengan berpakaian warna biru seperti yang dipakai oleh pemantau Temporary International Presence in Hebron (TIPH) sebelum ini.

YAS merancang memberi perlindungan 24-jam kepada penduduk di kota al-Khalil, terutamanya para pelajar.

Sementara itu, sebilangan pendatang Yahdui – dengan dilindungi oleh pasukan tentera Zionis – menyerang aktivis YAS ketika mereka mula beroperasi.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts