Pencerobohan ke atas al-Aqsa meningkat 161%

AL-QUDS, 24 Sep 2017 — Seramai 2,079 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa sejak awal bulan September, mencatatkan peningkatan sebanyak 161% berbanding bulan yang sama pada tahun lalu.

Statistik yang dicatat oleh pertubuhan-pertubuhan kuil Yahudi menunjukkan seramai 22,552 pendatang Yahudi masuk mencemari tapak suci umat Islam itu sepanjang tahun lalu, meningkat seramai 14,094 orang atau 60% berbanding tahun sebelumnya.

Pencerobohan terbesar berlaku pada 9 Ogos lalu, di mana seramai 1,264 pendatang Yahudi menceroboh masuk kononnya bagi merayakan ulang tahun kemusnahan kuil mereka.

Sepanjang bulan Ogos, seramai 4,369 pendatang Yahudi menceroboh. Sepanjang tempoh yang sama, sebanyak 19 pasangan pengantin Yahudi merai perkahwinan mereka di atas tapak suci itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts