TUBAS, 27 Feb 2018 — Segerombolan pendatang Yahudi membina sebuah pos penempatan haram baharu di atas tanah milik penduduk Palestin di Lembah Jordan.

Mereka dilaporkan tiba bersama sekumpulan besar ternakan lembu di sebuah pengkalan tentera Zionis yang ditinggalkan berdekatan perkampungan Tayasir di Lembah Jordan pada hari Rabu minggu lalu. Keesokannya, mereka mula membina bangsal dan mengganggu penternak-penternak Palestin di kawasan tersebut.

Sebanyak tiga pos penempatan haram telah dibina di Lembah Jordan sepanjang tempoh 18 bulan lalu. Kawasan tersebut semakin meluas dengan sokongan dan perlindungan oleh paukan tentera Zionis.

Kawasan Lembah Jordan yang seluas 160,000 hektar membentuk 30% daripada keseluruhan Tebing Barat. Hampir 90% kawasan Lembah Jordan dikategori sebagai Kawasan C yang dikawal sepenuhnya oleh rejim Zionis.

Keseluruhannya, terdapat 37 penempatan haram Yahudi di Lembah Jordan.

(PIC)

SHARE