BAITULMAQDIS, 3 Jan 2018 — Pasukan polis Zionis mengawal dan membawa segerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa, yang kemudian mengadakan satu ritual perkahwinan di atas tapak suci umat Islam itu pagi tadi.

Perjanjian antara rejim Zionis dan kerajaan Jordan pada tahun 1967 membenarkan Yahudi melawat perkarangan Masjid al-Aqsa, bagaimanapun orang bukan Islam dilarang melakukan sebarang ritual agama di situ.

Menurut Jabatan Wakaf, dianggarkan 28,600 pendatang Yahudi termasuk pelajar-pelajar agama Yahudi masuk mencemari perkarangan masjid ketiga paling mulia bagi umat Islam itu sepanjang tahun 2017.

(PIC, Maan, WAFA)

SHARE