Pendatang Yahudi Masuk Al-Khalil, Masjid Ibrahimi Akan Ditutup Dua Hari

AL-KHALIL, 9 Nov 2014 (PIC) — Lebih 200 orang pendatang Yahudi tiba di kawasan Bir Haram ar-Rama di utara kota al-Khalil dengan dikawal ketat oleh pasukan tentera Zionis. Mereka dikatakan hadir untuk melakukan ritual keagamaan dan melawat kawasan perkuburan di situ.

Tentera Zionis dikerahkan ke kawasan tersebut dan sekitarnya setelah pasukan keselamatan Palestin meninggalkan pos kawalan dan beredar ke ibu pejabat mereka.

Terdahulu, pihak berkuasa Zionis mengumumkan bahawa Masjid Ibrahimi akan ditutup kepada Muslimin pada hari Jumaat dan Sabtu hadapan atas alasan sambutan hari kebesaran Yahudi.

Sejak awal tahun ini, tentera Zionis telah menutup Masjid Ibrahimi sebanyak lebih 12 kali. Mereka juga telah berpuluh-puluh kali mengharamkan laungan azan di masjid bersejarah itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts