Pendatang Yahudi Musnahkan Sumber Air Di Jordan Valley

pendatangJERICHO, 15 Okt 2014 (Ma’an) — Puluhan pendatang Yahudi memusnahkan tujuh perigi air milik penduduk Palestin di kawasan al-Malah di Khirbet Samra, Jordan Valley semalam.

Pendatang berkenaan berkumpul ditempat kejadian untuk menyambut perayaan Sukkot. Tindakan ganas mereka itu adalah bertujuan untuk memberi tekanan kepada penduduk Palestin supaya berhijrah meninggalkan tanah mereka.

Lebih 500,000 pendatang Yahudi tinggal di penempatan haram dalam wilayah Tebing Barat dan al-Quds Timur. Penempatan tersebut melanggar ketetapan undang-undang antarabangsa. Puluhan serangan pendatang Yahudi dilakukan ke atas penduduk Palestin dan harta mereka setiap tahun, namun jenayah meraka lazimnya tidak mendapat sebarang pendakwaan atau hukuman oleh pihak berkuasa rejim Zionis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts