Pendatang Yahudi pasang bahan letupan diluar sekolah dan Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 14 Apr 2019 — Gerombolan pendatang Yahudi memasang bahan letupan di luar sebuah sekolah Palestin serta di laluan masuk ke Masjid Ibrahimi di al-Khalil, pagi tadi.

Mereka memasang perangkap letupan tersebut di tangga luar Sekolah Ibrahimiya, yang terletak tidak jauh dari Masjid Ibrahimi. Tentera Zionis kemudian mengosongkan sekolah dan penduduk sekitar setelah bahan-bahan tersebut ditemui.

Sebilangan lagi bahan letupan ditemui di salah satu laluan-laluan masuk ke Masjid Ibrahimi.

Sementara itu, tentera Zionis menyerang kanak-kanak Palestin selepas melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah Sekolah
Tareq Bin Zayed di kota al-Khalil. 

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts