BEIT LAHM, 28 Jan 2019 — Segerombolan pendatang Yahudi hari ini merampas tanah penduduk Palestin seluas empat hektar di kawasan al-‘Awareed di perkampungan Bait Iskaria, Beit Lahm, berdekatan penempatan haram Netivot.

Keluarga Odeh yang tinggal di perkampungan yang terkepung oleh kawasan penempatan haram Yahudi yang digelar “blok Gush Etzion” itu terkejut apabila mendapati satu hektar daripada tanahnya itu telah ditanam dengan pokok-pokok, sebagai tanda pendatang Yahudi telah menguasainya.

Ketua majlis perkampungan Beit Iskaria, Mohammad Ibrahim, mengesahkan keluarga Odeh mempunyai dokumen sah pemilikan tanah tersebut dan merancang untuk memfailkan kes ke mahkamah.

(IMEMC, PIC)

SHARE