AL-KHALIL, 10 Mac 2018 — Segerombolan 30 pendatang Yahudi dari kawasan-kawasan penempatan haram Maon dan Havat Maon menyerang rumah-rumah penduduk Palestin di perkampungan al-Tiwani di kawasan Pergunungan Selatan al-Khalil, dan cuba membakar masjid di situ dengan dilindungi oleh pasukan tentera Zionis.

Mereka membaling batu ke arah rumah-rumah sebelum cuba membakar masjid, namun berjaya dihalang oleh penduduk. Tentera Zionis tidak menghalang keganasan pendatang Yahudi, sebaliknya melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penduduk.

Semalam, gerombolan pendatang Yahudi memecah kereta penduduk dan membaling batu ke arah rumah-rumah di kawasan yang sama.

(Maan, IMEMC)

SHARE