AL-KHALIL, 10 Ogos 2017 — Puluhan pendatang Yahudi dari pos-pos penempatan haram di al-Khalil dan Beit Lahm berarak ke perkarangan sebuah sekolah berdekatan Masjid Ibrahimi, berpesta sambil mengibar bendera Zionis dan melakukan ritual agama di situ malam tadi.

Suasana riuh kedengaran di perkarangan masjid apabila mereka melakukan tarian dan menjerit slogan-slogan perkauman berdekatan Makam Nabi Yusuf.

Tentera Zionis dan pendatang Yahudi turut menghalang penduduk Palestin menuju ke rumah mereka yang terletak berdekatan kawasan tersebut.

(PIC, Maan)

SHARE