Pendatang Yahudi tuntut hakmilik ke atas tanah Palestin di selatan al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 5 Mac 2019 — Pertubuhan Ateret Cohanim hari ini mengeluarkan arahan mahkamah menuntut hakmilik ke atas sebidang tanah di kejiranan Batn al-Hawa di bandar Silwan, selatan Masjid al-Aqsa.

Ateret Cohanim adalah sebuah pertubuhan pendatang Yahudi yang berjuang menempatkan pengikut mereka di Kota Lama dan kawasan kejiranan Arab Baitulmaqdis. Lebih 1,000 pendatang Yahudi tinggal di bangunan-bangunan di Kota Lama yang dibeli oleh pertubuhan tersebut, di mana sebahagian besar dana dari ahli-ahli perniagaan Yahudi di Amerika.

Mereka Cohanim menyerahkan arahan tersebut kepada sembilan ahli keluarga Maragha, iaitu Hmeidan, Azziyeh, Salah, Fadwa, Munira, Naim, Rabia, Inaam dan Itaf Maragha. Bangunan di atas tanah tersebut mengadungi lima buah apartmen dan sebidang lot pakir, menjadi tempat tinggal 15 ahli keluarga tersebut.

Keluarga Maragha tinggal disitu sejak lebih 100 tahun, dan mempunyai dokumen sah pemilikan harta tersebut.

Ateret Cohanim cuba mengambil-alih tanah mereka seluas lebih 0.5 hektar di Batn al-Hawa, melibatkan 30 hingga 35 buah bangunan, dengan dakwaan tanah terbabit adalah milik Yahudi yang berasal dari Yaman sejak tahun 1881.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts