Penduduk al-Araqeeb dikenakan bayaran perobohan sebanyak RM1.9 juta

GURUN NAQAB, 6 Ogos 2019 — Masyarakat Badwi yang tinggal di al-Araqeeb diarah membayar kos perobohan kediaman mereka sebanyak 1.6 juta Shekel (RM1.9 juta), selepas meroboh perkamoungan tersebut buat kali ke-149 semalam.

Semalam, perkampungan al-Araqeeb diroboh buat kali ke-149, iaitu buat kali ketiga dalam tempoh dua minggu terakhir. Kali ini, polis Zionis menyerbu al-Araqeeb dan meroboh semua kediaman sebelum mengangkut keluar semua khemah menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Tidak seperti sebelum ini, mereka tidak membawa sebarang jentolak. Mereka hanya meninggalkan perkampungan tersbeut selepas memastikan semua khemah dan barangan penduduk dimusnahkan dan dibuang.

Polis Zionis kemudian kembali ke al-Araqeeb untuk menangkap seorang penduduk, Salim Mohammed Al-Turi Abu Medegham.

Walaupun al-Araqeeb merupakan salah sebuah 51 perkampungan Badwi yang tidak diiktiraf oleh rejim Zionis, penduduknya dianggap sebagai warganegara dan mereka dipaksa membayar cukai dan patuh kepada undang-undang rejim. Namun mereka tidak diberi sebarang kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik, serta pendidikan.

Mahkamah Zionis sebelum ini memutuskan penduduk al-Araqeeb bersalah atas pertuduhan menceroboh “tanah negara” dan membina semula rumah-rumah yang dirobohkan.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts