Penduduk Baitulmaqdis dipaksa roboh rumah sendiri

BAITULMAQDIS, 19 Sep 2018 — Pihak perbandaran Zionis hari ini memaksa penduduk Palestin, Fadi Shawamreh, meroboh rumahnya sendiri di bandar Beit Hanina di utara Baitulmaqdis.

Menurut Fadi, rejim Zionis telah meroboh rumahnya pada tahun 2004, dan beliau membinanya semua pada tahun 2006. Pihak perbandaran bagaimanapun kebelakangan ini mendakwa rumah baharunya itu dibina tanpa mendapat permit.

Seramai 14 ahli keluarga beliau tinggal di rumah seluas 180 meter persegi itu, yang dibina di atas tanah miliknya sendiri.

Isnin lalu, pegawai perbandaran mengeluarkan notis bahawa rumah tersebut mesti diroboh seluruhnya mulai hari Khamis.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts