Penduduk Palestin dituduh serang kenderaan pendatang Yahudi dengan batu

NABLUS, 5 Apr 2016 (PIC) — Seorang pendatang Yahudi cedera ringan pagi tadi di kota Nablus. Beliau disyaki diserang dengan batu ketika memandu kereta melalui bandar Hawara di selatan Nablus.

Tentera penjajah berkejar ke tempat kejadian dan menangkap beberapa orang penduduk secara rambang, atas tuduhan terlibat dalam serangan membaling batu ke arah kenderaan pendatang tersebut.

Penduduk Palestin di bandar dan perkampungan berdekatan penempatan haram Yahudi kebelakangan ini sering menjadi mangsa serangan langgar lari oleh pendatang Yahudi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts