GURUN NAQAB, 21 Feb 2018 — Rejim Zionis akan menghalau keluar semua penduduk perkampungan Badwi di Umm al-Hiran sebelum 1hb April, bagi memberi laluan kepada pembinaan bandar khusus untuk kaum Yahudi.

Semua penduduk di perkampungan tersebut memegang kad pengenalan negara haram Zionis. Mereka akan dipaksa berpindah ke Hura, sebuah kawasan yang diluluskan oleh rejim penjajah bagi penempatan masyarakat Badwi.

Penduduk Umm al-Hiran berhadapan dengan perpindahan secara paksa buat kali ketiga, setelah dihalau dari tanah mereka pada tahun 1948 dan 1956.

(MEMO)

SHARE