Pengarah Palang Merah desak Mesir mudahkan perjalanan rakyat Gaza

GAZA, 20 Okt 2016 (PIC) — Pengarah Jawatankuasa Antarabangsa bagi Palang Merah di Gaza, Mamadou Sue, mendesak pihak berkuasa Mesir supaya membantu rakyat Gaza dengan memudahkan urusan perjalanan mereka melintas pintu sempadan di Rafah.

Kenyataan Mamadou ketika melawat keadaan di pintu lintasan menyebut bahawa penduduk Gaza yang menunggu giliran sebagai kes-kes kemanusiaan berada dalam keadaan yang sangat perit. “Saya jumpa beberapa pesakit yang telah menunggu sejak beberapa tahun untuk keluar mendapatkan rawatan, pelajar yang dihalang keluar walaupun mempunyai pasport yang sah dan visa ke negara Barat,” kata beliau. “Ini adalah perkara berkaitan hal mati atau hidup.”

Beliau juga berharap supaya pihak Mesir dapat membuka pintu lintasan secara kekal.

Mesir membuka pintu lintasan sempadan Rafah di kedua-dua arah sejak semalam bagi kes-kes kemanusiaan.

Semalam, seramai 624 orang dibenarkan keluar meninggalkan Gaza sementara 337 orang berjaya memasuki wilayah yang dikepung itu, termasuk tujuh orang jemaah haji yang ditahan selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir. Bagaimanapun seramai 48 orang tidak dibenarkan memasuki wilayah Mesir.

Sejak awal tahun 2016, pintu lintasan sempadan Rafah dibuka hanya selama 20 hari.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts