RAMALLAH, 30 Dis 2018 — Pasukan pengawal penjara Zionis menggempur Seksyen 1 penjara Raymond dan menyerang tahanan-tahanan Palestin yang dikurung di situ, hari ini.

Mereka menggeledah bilik-bilik kurungan sebelum memindahkan semua 120 tahanan ke lokasi lain.

Sekitar 6,500 penduduk Palestin ditangkap oleh rejim Zionis sepanjang tahun 2018. Hampir 6,000 orang masih dikurung dalam penjara Zionis, termasuk 250 kanak-kanak, 54 remaja perempuan dan wanita, lapan Ahli Parlimen dan 27 jurnalis. Seramai 450 daripada mereka dikenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan, 750 orang sedang sakit di mana 200 daripadanya memerlukan rawatan segera.

(PIC)

SHARE