GURUN NAQAB, 27 Jun 2019 — Rumah dan kemah masyarakat Badwi Palestin di perkampungan al-Araqeb yang terletak di Gurun Naqab diroboh oleh rejim Zionis buat kali ke-146 pagi tadi, atas dakwaan tidak mempunyai permit pembinaan.

Pasukan polis Zionis mengiringi jentolak-jentolak dan pekerja perbandaran Zionis menyerbu al-Araqeb bagi meroboh dan membuang semua kemah dan rumah, meninggalkan masyarakat Badwi termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas di situ di bawah cuaca musim panas Gurun Naqab tanpa tempat berteduh.

Penduduk al-Araqeb hidup dalam kebimbangan sejak tahun 2010, apabila rejim Zionis terus berusaha untuk menghalau mereka keluar dari perkampungan yang “tidak diiktiraf” itu. Setiap kali rumah dan kemah mereka diroboh, penduduk akan membinanya semula.

Rejim Zionis merancang untuk membina sebuah bandar khusus untuk pendatang Yahudi di kawasan tersebut.

(PIC)

SHARE