Perkampungan Azzun ditutup sejak 19 hari







QALQILIYA, 14 Apr 2019 — Laluan masuk utama ke perkampungan Azzun di utara daerah Qalqiliya, masih ditutup oleh tentera Zionis sejak 19 hari lalu.

Mereka memasang bongkah-bongkah simen, menghalang laluan di kedua-dua arah dan memaksa penduduk mengambil laluan alternatif untuk sampai ke daerah-daerah lain.

Tentera Zionis mendakawa tindakan tersebut dibuat selepas pemuda-pemuda Palestin memotong sebahagian daripada pagar elektrik yang mereka pasang.

Bagaimanapun penduduk mendakwa ia adalah strategi untuk meluaskan kawasan penempatan haram Yahudi.

Azzun dikelilingi oleh kawasan yang dikawal oleh tentera Zionis dari semua arah, serta sebuah kawasan penempatan haram Yahudi di selatannya. Ia merupakan perkampungan yang mencatat kadar tahanan per kapita paling tinggi di Tebing Barat.

(Maan, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts