RAMALLAH, 15 Nov 2018 — Tahanan Yaser Rabai’ah yang menderita sakit barah colon kini berada di tahap kritikal dalam penjara Zionis di Askhelon.

Beliau dipindahkan ke penjara tersebut sebagai syarat untuk dibawa ke Hospital Barzilai untuk mendapatkan rawatan kemoterapi.

Yaser dibiarkan tanpa rawatan ketika dalam tahanan, dan terpaksa menjalani pembedahan membuang sebahagian daripada hatinya pada tahun 2007. Beliau dikurung sejak tahun 2001 setelah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan tambahan 10 tahun lagi.

(PIC)

SHARE