PICCR: 68 ibu lahirkan anak, 34 bayi dan 4 ibu meninggal dunia di tempat sekatan

Tentera Israel memeriksa sebuah ambulan Palestin
Tentera Israel memeriksa sebuah ambulan Palestin

The Palestinian Independent Commission for Citizens Rights (PICCR) melaporkan bahawa tentera pengganas Israel yang berkawal di ratusan sekatan-sekatan jalan dalam wilayah yang mereka duduki secara haram telah menghalang ibu-ibu daripada melalui sekatan tersebut ketika dalam keadaan kecemasan untuk melahirkan anak. Akibat tindakan tidak berperikemanusiaan mereka itu, 34 orang bayi dan 4 orang ibu telah meninggal dunia di sekatan-sekatan tersebut.

Menurut laporan suruhanjaya PICCR itu, sepanjang kempen Intifadah Al-Aqsa dari 28 September 2000 sehingga Julai 2006, tentera Israel yang berkawal di sekatan-sekatan jalan telah memaksa 68 orang pesakit melahirkan anak di tempat sekatan, selepas menghalang mereka daripada melepasi sekatan untuk dihantar ke hospital atau pusat-pusat perubatan.

PICCR juga menyatakan bahawa prosedur yang dikenakan oleh Israel sangat menyusahkan kehidupan rakyat Palestin, termasuk wanita-wanita hamil, dengan mengenakan syarat-syarat yang tidak munasabah dan tindakan-tindakan di luar batasan undang-undang di tempat-tempat sekatan. [HP/IMEMC]

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts