Pintu masuk Rafah akan dibuka secara berkekalan

Mesir, 25 May 2011 — Kerajaan interim Mesir telah membuat satu deklarasi bagi membuka pintu masuk Rafah secara berkekalan mulai Sabtu 28 May 2011. Deklarasi ini merupakan sebahagian daripada sokongan Mesir kepada rekonsiliasi politik Palestin dan usaha menamatkan sekatan Israel ke atas Gaza.

Akhir bulan lalu, Menteri Luar Mesir Nabil Elaraby memberitahu agensi berita Al-Jazeera bahawa penutupan pintu masuk Rafah akan berakhir, dengan melabelkan keputusan menutup pintu masuk isu sebagai suatu tindakan yang menjijikkan.

Pegawai-pegawai Mesir telah mengeluarkan nota makluman kepada kerajaan Palestin di Gaza berkenaan deklarasi tersebut. Dilaporkan pintu masuk itu akan dibuka selama 9 jam sehari, enam hari seminggu.

Mesir akan mengenakan beberapa syarat bagi kebenaran masuk, di mana lelaki berumur dari 18 hingga 40 tahun perlu diiring semasa melintas pintu masuk, manakala wanita dan kanak-kanak akan dikecualikan daripada visa. Pelajar dan mereka yang memerlukan rawatan juga akan dibenarkan melintas dengan lebih mudah.

Warga asing yang ingin memasuki Gaza atau Mesir melalui Rafah perlu berurusan melalui kedutaan ataupun konsulat Mesir di serata dunia.

Keputusan membuka pintu masuk Rafah dilihat sebagai salah satu hasil daripada revolusi yang berlaku di Mesir. Semasa pemerintahan Husni Mubarak, pergerakan manusia dan barangan melalui pintu Rafah disekat bagi melaksanakan sekatan yang dikenakan oleh Israel ke atas Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts