Pintu Rafah Akan Dibuka 12 Jam Setiap Hari

GAZA, 28 JULAI 2012 — Mesir akan melaksanakan dasar baru berkenaan lintasan keluar-masuk antara negara itu dan Gaza melalui Rafah. Perdana Menteri Ismail Haniyeh menyebut bahawa penduduk Gaza akan mengalami perubahan dalam prosedur dan jadual perjalanan untuk melintasi pintu Rafah.

Ismail Haniyeh mengadakan lawatan rasmi kepada Presiden Mohamed Mursi pada 26 Julai.
Ismail Haniyeh mengadakan lawatan rasmi kepada Presiden Mohamed Mursi pada 26 Julai.

Bercakap selepas perjumpaan beliau dengan Presiden Mesir Muhammad Mursi, Ismail Haniyeh berkata bahawa lintasan Rafah akan beroperasi selama 12 jam sehari, dari 9 pagi hingga 9 malam. Bilangan rakyat Gaza yang dibenarkan keluar dari wilayah yang dikepung itu akan meningkat kepada 1,500 sehari, manakala semua ketibaan dari luar tidak akan disekat. “Enam puluh peratus daripada rakyat Gaza yang disenaraihitamkan oleh Mesir dan dinafikan kemasukan telah dikeluarkan dari senarai,” tambah beliau.

Di samping itu, satu perjanjian juga telah dicapai bagi mana-mana warganegara Palestin yang tiba di Mesir dari negara-negara lain akan diberikan visa selama 72 jam, untuk membuat perancangan perjalanan dan mengelakkan deportasi.

Krisis elektrik telah juga dibincangkan, katanya. “Tiga langkah utama yang akan dilakukan untuk menyelesaikan krisis bekalan elektrik kuasa bermula dengan peningkatan dalam jumlah bahan api untuk loji janakuasa Gaza dari 22 kepada 30 megawatt bagi pelarasan grid kuasa dari Mesir. Kemudian, saluran paip gas akan dibina bagi menyediakan gas asli Mesir untuk satu-satunya loji janakuasa Gaza itu. Akhirnya, Gaza akan disambungkan ke grid bekalan kuasa elektrik bersama Negara-negara Arab yang dikenali sebagai Grid Ke-8. ”

Ismail Haniyeh dan Muhammad Mursi juga berbincang kemungkinan membuka semula Konsulat Mesir di Kota Gaza yang telah ditutup sejak serangan tentera Israel ke atas Gaza.

Mereka juga menyentuh isu terowong penyeludupan bawah tanah di sempadan. “Terowong adalah satu fenomena sementara yang diwujudkan apabila rakyat Palestin kehilangan semua elemen kehidupan. Mereka menggunakan terowong untuk memenuhi keperluan mereka, dan ini adalah hak semulajadi mereka, tetapi jika pengepungan ke atas Gaza berakhir, terowong ini tidak lagi diperlukan.”

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts