BAITULMAQDIS, 30 Jun 2019 — Polis penjajah Zionis hari ini menculik Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis, Fadi al-Hadi, dari rumahnya di kota suci Islam itu.

Pasukan polis Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah beliau di kejiranan Suwwana di awal pagi, merampas telefon bimbit sebelum menangkap beliau. Penangkapan Fadi disyaki berkait dengan tindakan beliau menerima kunjungan Presiden Chile dan membawa tetamunya itu melawat Masjid al-Aqsa pada hari Selasa lalu.

Sekurang-kurangnya 10 lagi penduduk Palestin diculik dalam operasi polis Zionis di daerah Issawiya, timur Baitulmaqdis, awal pagi tadi.

(PIC, IMEMC, MEMO)

SHARE