AL-QUDS, 22 Ogos 2017 — Polis Zionis yang berkawal di Pintu al-Asbat di laluan masuk Masjid al-Aqsa hari ini menghalang buku-buku teks dibawa masuk ke sekolah-sekolah yang terletak di perkarangan masjid itu, sehari sebelum bermula sesi baharu persekolahan.
Menurut Pengetua Sekolah Perempuan Shariah al-Aqsa, Ahad Sabri, menyebut bahawa 100 buah buku teks terbabit akan diagihkan kepada para pelajar di dua buah sekolah menengah, tiga buah sekolah rendah dan sebuah tadika. Jelas beliau lagi, polis Zionis sebelum ini pernah menghalang kertas a4 dan mesin penyalin di bawa masuk ke sekolah-sekolah tersebut.
Polis Zionis menggeledah serta merampas beberapa peralatan elektronik dari sekolah-sekolah terbabit ketika Masjid al-Aqsa ditutup bulan lalu.
(Maan)