Polis Zionis halang puluhan jemaah masuk Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 22 Feb 2016 (PIC) — Polis penjajah Zionis pagi tadi menghalang puluhan penduduk Palestin daripada memasuki Masjid al-Aqsa. Manakala sebahagian yang lain terpaksa menyerahkan kad pengenalan mereka sebelum dibenarkan masuk.

Pihak polis mendakwa penduduk Palestin yang dihalang memasuki masjid telah mengganggu tugas mereka ketika kumpulan-kumpulan Yahudi mengadakan lawatan dan menceroboh masuk masjid suci umat Islam itu.

Pada masa yang sama, polis Zionis memberi perlindungan kepada lapan pendatang haram Yahudi yang menceroboh masuk dan meninjau perkarangan masjid. Seperti lazimnya, para jemaah yang berada di dalam kawasan masjid melaungkan takbir bagi membantah tindakan pendatang Yahudi dan polis mencemari kesucian masjid.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts