Polis Zionis Halang Wanita dan Pemuda Memasuki Masjid al-Aqsa

aqsaAL-QUDS, 8 Julai 2014 (Ma’an) — Polis Zionis menghalang wanita dan pemuda Palestin daripada memasuki masjid al-Aqsa sejak awal pagi Isnin.

Hanya warga tua dibenarkan memasuki kawasan masjid, bagaimanapun mereka terpaksa menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pegawai Zionis yang ditempatkan di pagar utama. Polis turut menutup empat pagar masuk utama masjid.

Sekatan ini menyebabkan kawasan masjid kelihatan kosong berbanding dengan bulan Ramadhan pada tahun-tahun lalu, di mana ratusan jemaah dari Tebing Barat, Al-Quds dan Kawasan Jajahan 1948 mengunjungi masjid Al-Aqsa setiap hari.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts