Polis Zionis iring 114 Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 24 Okt 2018 — Gerombolan besar polis Zionis mengiringi 59 pendatang Yahudi serta 55 pegawai pemerintahan Zionis menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghrebah pagi tadi.

Mereka berarak di atas tapak suci umat Islam itu dalam kumpulan berbeza, di mana pendatang Yahudi turut melakukan ritual Talmud sebelum beredar keluar melalui Pintu al-Silsilah.

Polis Zionis membenarkan Yahudi menceroboh masuk melalui Pintu al-Maghrebah, yang dikawal penuh oleh tentera Zionis sejak 1967, setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts