Polis Zionis iringi pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 15 Dis 2016 (PIC) — Pasukan keselamatan khas Zionis mengiringi gerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui pintu al-Maghareebah pagi tadi.

Terdahulu, pasukan polis dikerah ke seluruh kawasan masjid bagi menjamin keselamatan dan membuka laluan kepada para pendatang.

Gerombolan Yahudi tersebut berarak meninjau perkarangan masjid secara provokatif. Mereka turut cuba melakukan ritual Talmud, namun dihalang oleh para jemaah yang melaungkan takbir Allahu Akbar.

Pada masa yang sama penduduk Islam al-Quds, terutamanya wanita, dihalang memasuki masjid suci itu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts