Polis Zionis iringi pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 22 Mei 2016 (PIC) — Segerombolan pendatang Yahudi pagi tadi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Magharebah dengan diiring dan dikawal ketat oleh pasukan polis Zionis.

Sebahagian daripada pendatang cuba melakukan ritual Talmud di atas tapak suci umat Islam itu, di mana mereka disekat oleh para jemaah dan pelajar al-Quran dengan melaungkan takbir Allahu Akbar.

Dalam pada itu pasukan polis Zionis terus menyekat Muslimat al-Quds yang disenarai hitam dan juga yang berada di pintu-pintu al-Aqsa daripada memasuki masjid itu.

Pendatang Yahudi sengaja mencemari dan menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa pada jam 7:00 pagi setiap hari kerana bilangan para jemaah agak sedikit pada waktu tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts