Polis Zionis kunci Pintu al-Rahma di Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 18 Feb 2019 — Aktivis-aktivis Palestin hari ini melancarkan kempen supaya para jemaah mendirikan solat di hadapan Pintu al-Rahma di perkarangan Masjid al-Aqsa, sebagai membantah tindakan polis Zionis menutup dan mengunci pagar pintu tersebut.

Malam tadi, polis Zionis memecah masuk kawasan Pintu al-Rahma dan menutup bangunan bersebelahan serta mengunci pagarnya.

Rejim Zionis menutup Pintu al-Rahma sejak 2003, di mana mereka menghalang para jemaah dan penjaga masjid mendirikan solat di kawasan tersebut, sementara pendatang Yahudi dibenarkan masuk ketika mereka menceroboh dan berarak di perkarangan tapak suci itu.

Pintu al-Rahma merupakan salah satu pintu yang paling bersejarah. Di situlah Imam Abu Hamed al-Ghazali sering tinggal dan menulis bukunya Ihya’ Ulumuddin. Selepas membebaskan kota Baitulmaqdis, Salahuddin al-Ayyubi menutupnya bagi mempertahan kota dan Masjid al-Aqsa dari serangan. Pintu tersebut merupakan laluan masuk ke kota dan juga Masjid al-Aqsa.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts