BAITULMAQDIS, 10 Mac 2019 — Puluhan pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa dengan dilindungi oleh pasukan polis Zionis pagi tadi.

Dalam kejadian berkaitan, seorang anggota polis Zionis secara provokasi memasuki dewan solat Bab al-Rahma, meninjau-ninjau serta memijak sejadah-sejadah dengan kasutnya. Menurut Jabatan Wakaf, pegawai yang sama menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dengan membawa sebotol arak beberapa bulan lalu.

Sementara itu pasukan polis Zionis turut mengiringi ahli-ahli Jabatan Antukuiti Zionis memasuki dewan solat Bab al-Rahma untuk mengambil gambar dan ukuran di dewan tersebut.

(PIC)

SHARE