BAITULMAQDIS, 8 Apr 2019 — Pasukan polis Zionis semalam menyerang dua pemuda Palestin dan menculik tiga yang lain di Kota Lama Baitulmaqdis.

Dua pemuda terbabit dipukul dan tiga yang lain ditangkap ketika tercetus perbalahan antara penduduk Palestin dengan segerombolan pendatang Yahudi yang dipimpin oleh ahli parlimen Zionis, Oren Hazan, di Jalan al-Wad.

Hazan menghasut penduduk dan peniaga Palestin di Jalan al-Wad dengan memaki-hamun mereka, sambil beberapa pendatang Yahudi menyerang pemuda-pemuda Palestin yang ada di kawasan tersebut.

Jalan al-Wad menuju ke Kota Lama Baitulmaqdis melalui Pintu al-Amoud. Ia adalah laluan ke kawasan pasar, kejiranan Palestin dan pintu-pintu masuk Masjid al-Aqsa.

Tiga pemuda yang diculik adalah Aboud Abu Sbeih, Ibrahim al-Zitawi, dan Yaser Najib.

(PIC, IMEMC)

SHARE