BAITULMAQDIS, 20 Mac 2019 — Polis Zionis menangkap seorang murabitin, jurnalis dan wanita Palestin di Kota Lama Baitulmaqdis hari ini.

Murabitin Mohammed al-Salhi ditangkap berdekatan Bab al-Rahma di perkarangan Masjid al-Aqsa, dan diheret ke sebuah pusat interogasi berdekatan.

Polis turut menangkap seorang wanita warga emas ketika beliau cuba memasuki Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Asbat. Mangsa, Nafeesa Khweiss, turut diheret ke pusat interogasi.

Sementara jurnalis dan aktivis Palestin, Ahmad al-Safdi, ditangkap di Pintu az-Zahra Kota Lama Baitulmaqdis pagi tadi.

(Maan)

SHARE