Polis Zionis tangkap semua ahli keluarga Abu Jamal

BAITULMAQDIS, 15 Nov 2018 — Polis penjajah Zionis pagi tadi menangkap seluruh keluarga Abed al-Rahman Abu Jamal, remaja yang menjadi suspek menikam anggota polis di Jabal al-Mukabber semalam.

Abed al-Rahman ditangkap selepas ditembak ketika kejadian, di mana keadaan beliau masih dirahsiakan oleh pihak rejim.

Pagi tadi, ibunya ditangkap dari rumah mereka sebelum pasukan polis datang semula beberapa jam kemudian untuk menangkap ayah serta tiga lagi adik-beradiknya, termasuk seorang perempuan. Polis Zionis menggeledah dan menyelongkar seluruh rumah, sebelum mengugut untuk merobohkannya.

Sepupu beliau turut diarah hadir ke balai polis untuk disoal siasat.

Polis Zionis juga cuba memecah masuk Sekolah Tinggi Jabal al-Mukabber, tempat Abed al-Rahman belajar.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts