Puluhan pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 17 Mac 2019 — Polis penjajah Zionis mengiringi 67 pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba pagi tadi.

Sebahagian daripada penceroboh melakukan ritual Talmud berdekatan Bab al-Rahma.

Polis Zionis menutup semula Pintu al-Maghareba pada jam 10:30 pagi selepas pendatang Yahudi beredar keluar melalui Pintu al-Silsila. Ia kemudian dibuka semula kepada pendatang Yahudi selepas para jemaah mendirikan solat Zuhur.

Sepanjang tempoh pendatang Yahudi berada di atas tapak suci umat Islam itu, polis Zionis mengekang kemasukan penduduk Islam dengan merampas kad-kad pengenalan. Kad-kad tersebut hanya akan diserahkan semula selepas mereka keluar dari masjid.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts