QALQILYA, 12 Sep 2018 — Puluhan penduduk Palestin cedera diserang dengan gas pemedih mata ketika tentera penjajah Zionis menyerbu kota Qalqilya dan bertempur dengan kumpulan pemuda Palestin malam tadi.

Ketika kejadian, tentera Zionis melepaskan tembakan peluru hidup dan bom gas pemedih mata ke arah rumah-rumah penduduk. Halaman sebuah rumah turut terbakar dalam serangan tersebut.

Tentera Zionis menutup semua laluan di Qalqilya ketika pertempuran tersebut.

(PIC)

SHARE