Rakyat Gaza berhimpun, sokong pejuang Palestin

GAZA, 14 Nov 2018 — Rakyat Gaza keluar menyertai perhimpunan besar-besaran di beberapa lokasi di dalam Gaza selepas keputusan gencatan senjata antara dua pihak sebagai menyokong pejuang pembebasan Palestin.

Mereka membanjiri jalan-jalan dan menuju ke rumah-rumah para syuhada, terutama rumah Syahid Nur Barokah yang terbunuh di Khan Younis pada hari Ahad.

Dalam serangan terbaru ini, seramai 14 penduduk Gaza terkorban dan lebih 30 yang lain tercedera. Sementera dua orang Yahudi terbunuh dan lebih 100 pendatang tercedera.

Dalam perkembangan berkaitan, semula ke semua sekolah, universiti dan kementerian di Gaza diisytiharkan beroperasi seperti biasa hari ini.

Kenyataan Kementerian Kerjaraya Gaza menyebut sebanyak 880 buah rumah musnah dalam serangan sejak Ahad lalu.

Sementara di kota Sderot dalam wilayah yang diduduki penjajah Zionis, pendatang Yahudi membakar tayar kereta dan menutup jalan sebagai bantahan ke atas gencatan senjata.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts