Rejim Zionis akan adakan maraton di al-Quds sebagai persiapan Olimpik Yahudi

AL-QUDS, 19 Sep 2016 (PIC) — Pihak berkuasa rejim Zionis akan mengadakan marathon di Kota Lama al-Quds dan kawasan sekitarnya pada malam ini, sebagai persiapan menganjurkan Sukan Olimpik Yahudi (Maccabiah) pada tahun hadapan. Sukan tersebut diadakan pada setiap empat tahun.

Penganjuran sukan seperti itu bertujuan untuk memasarkan propaganda mengisytihar kota suci al-Quds sebagai ibukota abadi “negara Yahudi,” terutama sekali apabila Palestin akan memperingati 50 tahun penjajah Zionis pada tahun hadapan.

Ketua perbandaran Zionis di al-Quds, Nir Barkat, mengesahkan beliau akan menyertai acara maraton malam ini.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts