BAITULMAQDIS, 29 Nov 2018 — Rejim Zionis akan membina 2,300 buah rumah khusus untuk Yahudi ultra-Ortodoks Haredi di bekas perkampungan Deir Yassin, tempat pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin pada tahun 1948.

Rancangan tersebut merupakan projek perluasan kawasan penempatan haram Har Nof yang terletak di hujung barat Baitulmaqdis, di mana rumah-rumah terbabit akan dibina di kawasan hutan seluas 64.8 hektar.

Rejim Zionis secara sengaja mewujudkan kawasan hutan di atas bekas perkampungan Palestin bagi menutup sejarah hitam Nakba 1948. Lebih dua-pertiga daripada 68 kawasan hutan dan tapak yang dimiliki oleh pertubuhan Jewish National Fund (JNF) merupakan bekas perkampungan Palestin yang dimusnahkan oleh kumpulan militan Zionis.

Pada 9 April 1948, 120 anggota kumpulan pengganas Irgun dan Lehi [Stern Gang] menyerang Deir Yassin walaupun perkampungan tersebut telah menandatangani perjanjian damai. Sehingga 250 penduduk Palestin dibunuh secara kejam, dirogol dan dipotong-potong anggota badan mereka. Sementara penduduk yang selamat diarak di kawasan-kawasan kejiranan Yahudi sebelum dibunuh.

(MEMO)

SHARE