BUKIT GOLAN, 26 Nov 2017 — Rejim Zionis hari ini meluluskan peruntukan sebanyak US$2.8 juta untuk membina denai pejalan kaki melintasi Tebing Barat dan Bukit Golan.

Kenyataan Menteri Pelancongan Yariv Levin menyebut denai tersebut akan melalui Kota Lama al-Quds atau Shilo di utara Tebing Barat, kawasan yang didakwa kononnya penuh dengan sejarah Yahudi.

Tentera Zionis menduduki Tebing Barat dan merampas kawasan Bukit Golan seluas 1,200km persegi dari pemerintahan Syria dalam Perang Enam Hari 1967.

Denai sedai ada, yang dikenali sebagai “Denai Israel”, telah dibuka pada tahun 1995 dan telah disenarai dalam 20 denai paling menarik di dunia oleh majalah National Geographic pada tahun 2012.

Rejim Zionis berusaha menarik pelancong luar negara ke Tebing Barat dengan membina tapak-tapak keagamaan Yahudi.

(Sumber: MEE)

SHARE