Rejim Zionis akan bina hotel di Kota Lama Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 15 Nov 2018 — Majlis tempatan Zionis mengumumkan rancangan untuk membina sebuah hotel di atas tanah tinggi kejiranan Jabal Mukabber di tenggara kota suci Baitulmaqdis.

Rancangan tersebut telah diluluskan untuk proses awal bagi pembinaan beberpa buah hotel di lokasi yang menghadap Kota Lama, melibatkan 20,000 bilik penginapan. Mereka juga akan membina bangunan tadika dan sinagog.

Pembinaan tersebut akan sekaligus mengubah demografi kawasan selatan Baitulmaqdis, kerana ia bakal dibina di atas tanah penduduk Palestin di badar Sawahira dan Sur Baher.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts