Rejim Zionis akan bina kejiranan baharu Yahudi di al-Khalil

BAITULMAQDIS, 14 Okt 2018 — Mesyuarat mingguan rejim Zionis hari ini telah meluluskan pembinaan kawasan kejiranan baharu bagi pendatang Yahudi di Jalan Shuhada, di tengah-tengah kota al-Khalil, selatan Tebing Barat.

Rancangan tersebut melibatkan pembinaan 31 buah rumah dengan kos 21.6 juta Shekel (RM24.2 juta).

Kawasan Jalan Shuhada dibahagi dua pada tahun 1997. Kawasan Kota Lama al-Khalil, di mana terletaknya Masjid Ibrahimi, dikawal oleh rejim Zionis.

Kawasan terbabit sebelum ini telah dirampas oleh rejim Zionis atas alasan “untuk kegunaan tentera” dan dijadikan sebagai sebuah stesen bas pusat.

(PIC, IMEMC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts