Rejim Zionis akan bina rumah penempatan haram baru di kota Nablus

NABLUS, 22 Nov 2020 — Pemimpin pendatang Yahudi di kawasan penempatan haram Shoron di barat kota Nablus, Yossi Dagan, semalam mengumumkan rancangan membina puluhan unit rumah baharu.

Projek pembinaan tersebut melibatkan 32 unit rumah di Shavei Shomron.

Ahad lalu, rejim Zionis membuka tender pembinaan 1,257 rumah pendatang Yahudi di kawasan penempatan haram Givat Hamatos, selatan kota Baitulmaqdis. Rancangan tersebut bakal menghapuskan sama sekali prospek pentadbiran negara Palestin di Tebing Barat.

(Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts