Rejim Zionis akan tutup sempadan Gaza & Tebing Barat selama 4 hari

BEIT LAHM, 19 Mac 2019 — Rejim Zionis hari ini mengumumkan mereka akan menutup semua lintasan ke Gaza dan Tebing Barat selama empat hari sempena perayaan Purim, bermula tengah malam ini.

Hanya kes-kes kemanusiaan yang telah mendapat kelulusan rejim Zionis akan dibenarkan melintas sekatan jalan.

Tindakan rejim Zionis menutup Tebing Barat dan Gaza di musim perayaan Yahudi memberi kesan besar kepada penduduk Palestin untuk memenuhi keperluan harian mereka.

Ketika perayaan Purim tahun 1994, pendatang Yahudi Baruch Goldstein telah menembak mati 29 ahli jemaah Masjid Ibrahimi di kota al-Khalil yang sedang mendirikan solah Subuh. Sementara pada tahun 2016, askar Zionis Elor Azaria menembak mati Abdel Fattah Al-Sharif, juga di al-Khalil.

Secara tradisinya, perayaan Purim disambut oleh penganut Yahudi bagi mengingati peristiwa pembebasan nenek-moyang mereka daripada cengkaman penguasa Parsi, Haman. Ia boleh diibaratkan seperti pesta Holloween yang sering dirayakan oleh masyarakat Barat. Di samping itu, mereka menjamu kuih-kuih khusus dan juga meminum arak. Doktrin Yahudi hari ini bahkan mewajibkan mereka mabuk “sehingga tidak mampu untuk mengira angka-angka”.

(Maan, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts