GURUN NAQAB, 29 Jan 2019 — Menteri Pertanian Zionis, Uri Ariel, telah menyiapkan rancangan besar-besaran untuk mengusir 36,000 penduduk Badwi Palestin dari perkampungan-perkampungan yang “tidak diiktiraf” di kawasan Gurun Naqab.

Perlaksanaan rancangan tersebut dijangka bermula tahun ini, dan akan selesai dalam tempoh empat tahun.

Ia melibatkan rampaskan tanah penduduk Badwi seluas 26,000 hektar untuk “projek kebangsaan” melibatkan pembinaan insfrastruktur dan kemudahan keselamatan. Antara lain, mereka akan membina sambungan laluan “Trans-Israel Highway” dari kawasan selatan ke bandar Nabatim di Gurun Naqab.

(IMEMC, MEMO)

SHARE