Rejim Zionis akhirnya tunduk kepada tuntutan tahanan mogok lapar

RAMALLAH, 21 Sep 2016 (PIC) — Tiga tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar sejak tiga bulan lalu akhirnya mencapai persetujuan dengan rejim Zionis bagi menamatkan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan ke atas mereka.

Mohamed Balboul, 25, memulakan mogok lapar sejak 78 hari lalu, manakala adiknya Mahmoud Balboul, 22, mengikut langkah beliau tiga hari kemudiannya. Malek al-Qadi, 19, kini sedang mogok lapar selama 67 hari.

Jawatankuasa bagi hal ehwal tahanan Palestin hari ini mengesahkan bahawa semua tahanan terbabit memutuskan untuk menghentikan mogok lapar setelah pihak rejim bersetuju untuk tidak memperbaharuai tahanan ke atas mereka.

Menurut persetujuan tersebut, Malek akan dibebaskan pada hari Khamis (22 Sep) manakala dua beradik Mohamed dan Mahmoud akan dibebaskan pada 8 Disember apabila tempoh tahanan mereka tamat.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts