Rejim Zionis benarkan pendatang Yahudi miliki tanah “secara sah” di Tebing Barat

BAITULMAQDIS, 8 Julai 2018 — Jawatankuasa perundangan di parlimen Zionis hari ini mengkaji satu rang undang-undang yang akan memberi hak kepada pendatang Yahudi untuk memilik tanah di Tebing Barat.

Jawatankuasa tersebut, yang dianggotai oleh beberapa orang menteri, berkuasa melulus mahupun menolak sebarang rang undang-undang untuk dibawa dan dibahas di parlimen.

Nota keterangan bagi rang undang-undang yang ditaja oleh Ahli Parlimen Bezalel Smotrich dari parti Jewish Home itu menyebut bahawa perundangan sedia ada adalah berdasarkan undang-undang Jordan 1953, yang menghalang sesiapa sahaja kecuali rakyat Jordan atau mana-mana negara Arab membeli tanah di Tebing Barat. Undang-undang tersebut terus kekal diguna pakai selepas tentera Zionis menduduki Tebing Barat pada Perang Enam Hari 1967.

Sekitar awal 1970-an, rejim Zionis telah mendapatkan jalan untuk mengelak daripada undang-undang tersebut dan membenarkan pendatang Yahudi membeli tanah, melalui arahan khas menerusi sebuah syarikat yang didaftarkan di Tebing Barat tanpa mengambil kira siapa pemilik syarikat tersebut.

Rang undang-undang ini bertujuan menghapuskan “ketidak-adilan” ini dan membenarkan sesiapa sahaja membeli tanah di Tebing Barat. “Orang Yahudi tidak dibenarkan membeli tanah di sana hanya kerana dia seorang Yahudi adalah suatu yang tidak dapat diterima.”

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts