Rejim Zionis bina penempatan haram baharu di Nablus

NABLUS, 25 Nov 2018 — Rejim Zionis merampas dan meratakan tanah penduduk Palestin di perkampungan Ein Jaloud di selatan kota Nablus untuk membina koloni penempatan haram baharu.

Kerja-kerja pembinaan infrastruktur termasuk jalan, takungan air dan rumah-rumah baharu di bina di atas kawasan berbukit Jaloud. Pendatang Yahudi juga telah mula membina khemah-khemah besar di kawasan tersebut.

Di samping itu, tentera Zionis juga sedang membuat persediaan untuk meluaskan lima kawasan penempatan haram di Nablus, iaitu Ahiya, Esh Kadesh, Kida, Shvut Rachel dan Amichai. Mereka membina kejiran-kejiranan baharu di luar kawasan tersebut.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts