RAMALLAH, 2 Okt 2018 — Rejim Zionis mendenda 35 tahanan kanak-kanak Palestin yang dikurung dalam penjara Ofer sebanyak 46,000 Shekel (RM51,532) sepanjang bulan September lalu.

Kenyataan Kelab Tahanan Palestin (PPC) menyebut seramai 108 kanak-kanak Palestin dikurung di Ofer di selatan Ramallah, di mana 35 daripada mereka ditangkap sepanjang bulan September.

Seramai empat kanak-kanak ditangkap dari rumah mereka, 20 yang lain ditangkap di jalanan dan tujuh yang lain ditangkap di sekatan-sekatan jalan. Menurut PPC lagi, seramai 14 orang kanak-kanak dipukul ketika ditangkap.

Dalam pada itu, seramai 20 kanak-kanak Palestin dibicarakan di mahkamah tentera Zionis.

(MEMO)

SHARE